Sabtu, 18 Disember 2010

TEORI KONSPIRASI  :  Selayang Pandang




Artikel Asli :  Dayak Kumbang




Teori Konspirasi (Conspiracy Theory). Begitulah nama satu fenomena mengenai kajian-kajian yang merujuk kepada perkara-perkara berkaitan Rahsia Dunia Akhir Zaman. Sebut saja Dajjal, One World Goverment, Hidden Hand, Masonic, Iluminati, Kod-Kod Rahsia, Ramalan-ramalan peristiwa dunia akhir zaman dan sebagainya,  ianya pasti dibawah sub-sub subjek kajian tersebut.


Pengkajian terhadap Teori Konspirasi Antarabangsa begitu hangat diperbentangkan, diperdebatkan, diteliti dan disebarkan kemana-mana sahaja baik di dunia timur mahupun di dunia barat, terutamanya di dalam alam dunia maya.


Fenomena mengenai Teori Konspirasi benar-benar mengesankan para pembaca, pendengar dan pemerhati yang mengambil sedikit ruang untuknya.


Ada golongan yang bersungguh-sungguh didalam menjalankan pengkajian terperinci mengenai Teori Konspirasi. Ada golongan yang hanya mampu menjadi pembaca dan pendengar tanpa mampu menjalankan kajian atas faktor-faktor yang tertentu, dan diantara mereka pula,ada golongan yang mampu memahami dengan cermat setelah melakukan kajian "kedua" daripada sumber, ada juga golongan yang menerima bulat-bulat segala maklumat yang didedahkan tanpa pengkajian, serta tidak kurang ada juga daripada mereka ada juga yang menolak bulat-bulat segala maklumat yang disampaikan. Bahkan ada juga yang menolak pandangan dan maklumat tersebut dengan membentangkan kebenaran yang lain dari satu sudut yang lain pula. Yang paling merosakkan, ada juga golongan yang mencipta auta-fakta yang dusta lalu mengaitkan dengan kajian Teori Konspirasi.



Saya bersetuju, bahawa pengkajian Teori Konspirasi sememangnya perlu untuk diteruskan dan dijabarkan, kerana ia juga adalah satu bentuk pembongkaran kepada kejahatan yang tidak terlihat oleh kebanyakkan manusia.


Saya juga bersetuju, bahawa pengkajian Teori Konspirasi perlu ada kesinambungannya, sebagai satu pendedahan kepada umat manusia, yang pada akhirnya diharapkan memberikan kefahaman dan kesedaran kepada manusia mengenai tindak-tanduk dari alam sebelah sana yang tidak pernah berhenti-henti hendak menyesatkan umat manusia.


Walaubagaimanapun, saya tidak bersetuju sekiranya pengkajian Teori Konspirasi didalangi oleh rasa ketaksuban yang tinggi terhadap bidang itu sendiri, sehingga boleh mengakibatkan pengkaji itu sendiri terpaksa mencampur-adukkan diantara fakta dan auta, yang mana kebenaran yang terserlah itu juga dipaksa/terpaksa bercampur aduk dengan satu bentuk pembohongan yang samar, yang pada akhirnya menyebabkan hasil sub-sub kajian Teori Konspirasi itu telah / sedang / akan  membohongi para pembaca, pendengar dan pemerhati. Bahkan, menipu diri pengkaji itu sendiri.


Walhal, sesuatu kajian itu adalah bertujuan untuk menghurai tirai hakikat disebaliknya, dan membuka pintu seruan kepada kebenaran. Ketaksuban hanya kepada Allah S.w.t.


Kerana itu para pengkaji Teori Konspirasi mesti berhati-hati terhadap kajian yang dijalankan, dan mesti dipadankan dengan bayangan yang diberikan daripada Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih, agar ia tidak menjadi bercelaru dan tercelaru akibat dari fikiran yang dangkal dan ketaksuban yang membabi buta, samada oleh para pengkaji Teori Konspirasi yang telah lama berada di bidang ini namun terkeliru, dan juga oleh para pengkaji yang baru mula menjinakkan keberaniannya di dalam dunia pengkajian Teori Konspirasi.


Wallahua'lam.

Tiada ulasan: