Isnin, 6 Disember 2010

Perang Konspirasi Dajjal Pusingan Ke-2


nwobilderberg
Setelah hampir 6 bulan kita dikejutkan dengan Konflik Gaza, maka dunia konspirasi hari ini sekali lagi dijangka mengusulkan teori bahawa satu lagi perang akan dicanangkan oleh konspirator-konspirator antarabangsa.
Menurut laporan dari wartawan Conspiracy Theorist terkenal iaitu Jim Tucker yang berada di Greece sekarang ini, didapati dalam mesyuarat Bilderberg nanti bekas Pengarah Federal Reserve Bank iaitu Timothy Geithner akan membuat pembentangan di dalam mesyuarat ini.
Penyertaan Geithner yang dikenal pasti pada saat-saat akhir menunjukkan satu krisis ekonomi besar dijangka bakal berlaku. Kebiasaan bagi situasi tersebut ialah selepas kemelesetan ekonomi, bahagian tertentu dalam dunia akan berperang satu sama lain.
(Gambar) Timothy Geithner, kini Setiausaha Perbendaharaan pentadbiran Obama.
Dalam hal ini, kami mempercayai konflik tersebut bakal diungguli oleh Israel sekali lagi.
Timothy Geithner Dalam Perang Israel-Palestin
Pada 14 Oktober 2008 lepas, kami telah mengusulkan satu teori di dalam artikel Perang Konspirasi Dajjal (Bahagian 1) tentang bagaimana Geithner menjadikan isu kemelesetan ekonomi dijadikan pemangkin kepada persediaan perang Israel-Palestin pada 27 Disember 2008.
Geithner dalam perang Israel-Palestin terdahulu bukanlah berfungsi sebagai jeneral tentera, dia memainkan peranan sebagai faktor penyebab “economic panic” yang ditimbulkan hasil komplot bersama CEO Lehman Brothers.
Dalam perang tajaan Illuminati yang lepas, kita boleh simpulkan bahawa Geithner adalah pembuka jalan kepada suntikan dana peperangan kepada Kementerian Pertahanan Israel bagi menghadapi Hamas di Palestin.

Sekiranya corak perang dahulu diambil kira untuk jangka masa sekarang maka, kita boleh mengandaikan bahawa Bilderberg Group telah menjemput Geithner kerana dia adalah antara orang yang akan merancang situasi “economic panic” kepada dunia.
Perang Konspirasi Dajjal Pusingan Kedua
Kegagalan Israel mengumpan Iran pada perang Disember 2008 lepas kemungkinan dilihat sebagai sebab utama kepada mesyuarat Bilderberg tahun ini. Penyertaan Henry Kissenger dan beberapa orang pemilik syarikat pembuat senjata dilihat faktor kepada akan berlakunya Perang Konspirasi Dajjal pusingan kedua.
Kita tidak pasti di dalam mesyuarat Bilderberg tersebut siapakan sebenarnya yang memberi arahan. Mesyuarat tersebut bukan sejenis mesyuarat berbincang untuk membentuk pelan-pelan tindakan. Ia merupakan satu perjumpaan yang bersifat arahan melalui perancangan yang sudah tersedia.
Perancangan tersebut pastilah sudah siap sedia dibentuk dan dilakar oleh orang-orang tertentu di luar mesyuarat tersebut melalui arahan Dajjal.
Semua VVIP yang hadir pada mesyuarat tersebut adalah hadir untuk menerima arahan, bukannya memberi cadangan. Jika tidak masakah setiap ahli mesyuarat tidak dibenarkan membuat sebarang catatan.
Mesyuarat kali ini pula menerima kawalan keselamatan yang paling luar biasa ketatnya. Terbaru, dua orang jurugambar yang cuba mengambil gambar di luar Hotel Nafsika telah disoal siasat oleh polis peronda.

Tiada ulasan: