Isnin, 6 Disember 2010

Phi Beta Kappa


williammary
Selain penubuhan Illuminati pada 1 May 1776, terdapat satu lagi kelab kecil yang ditubuhkan pada tahun yang sama bagi tujuan mempromosikan ahli-ahli akademik kepada agenda-agenda baru yang diperkenalkan oleh Illuminati. Kelab itu bernama Phi Beta Kappa.
Phi Beta Kappa (PBK) kurang dikenali kerana peranannya lebih kepada mempromosi agenda, mencari ahli dan mencari anugerah kehormat untuk ahli-ahlinya. Kelab yang ditubuhkan atas alasan akademik oleh pelajar-pelajar Kolej William and Mary ini tidak bergerak sebagai kelab konspirasi.
Ia bukan suatu kelab yang bermesyuarat untuk merancang konspirasi sepertiBilderberg GroupTrilateral Commission atau CFR. Ia lebih kepada tugas menaikkan martabat ahli-ahli Illuminati melalui gelaran-gelaran akademik tertinggi.
Seperti juga Freemason, kelab ini juga membawa beberapa ciri Freemason bagi melengkapkan imej khusus untuk setiap ahli. Mereka mempunyai simbol-simbol rahsia dan cara berjabat tangan yang tersendiri yang hanya diketahui dikalangan ahli-ahli mereka.
Perancangan Tersembunyi Meningkatkan Imej Ahli Illuminati
Menurut penyelidik sejarah dan konspirasi politik, David A. Rivera, tujuan utama penubuhan PBK adalah untuk memperkenalkan prinsip-prinsip Illuminati di Amerika.
Illuminati yang ditubuhkan pada 1776 di Ingolstadt, Perancis memerlukan satu jambatan penghubung antara agen-agen di Perancis dan Amerika. Jambatan itu pula haruslah berlatarbelakangkan akademik kerana hanya golongan cendekiawan sahaja yang dihormati oleh masyarakat.
Disebabkan itu, PBK hanya terbuka untuk golongan akademik di universiti. Syarat-syarat keahlian ini dilihat sebagai fasa bagi Illuminati untuk meningkatkan imej pertubuhan mereka.
Illuminati tahu bahawa zaman tersebut adalah zaman golongan cendekiawan dihormati. Setiap kata-kata mereka adalah pembakar semangat dan setiap idea mereka adalah revolusi. Rakyat bawahan seperti peladang, petani, hamba amat mendambakan laungan semangat dari mereka.
Tanpa imej sebagai golongan akademik, perjuangan Illuminati untuk melaksanakan revolusi di Perancis dan Amerika adalah sukar.
Illuminati Diterajui oleh Individu Berpendidikan
Bagi memastikan setiap agenda Illuminati direncanakan dengan teliti, maka Illuminati harus mempunyai ahli-ahli yang berpendidikan. Pemilihan ahli-ahli dikalangan orang terpelajar amat penting kerana;
  • Individu yang berpendidikan tinggi lebih dipercayai orang awam.
  • Individu terpelajar khususnya pelajar universiti lebih cenderung untuk mendapat jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan.
  • Hanya pelajar-pelar universiti berkemampuan membawa sesebuah organisasi ekonomi ke tahap global kapitalis dan global imperialis.
  • Pelajar-pelajar universiti lebih mudah faham untuk berorganisasi dan bersosial di peringkat antarabangsa.
  • Kebanyakan buku-buku dan kajian yang dilakukan oleh individu yang mempunyai ijazah, master atau PhD lebih diterima pakai pandangan mereka dalam pembentukan sesuatu dasar politik dan ekonomi.
Ahli-ahli PBK bukan dikalangan calang-calang orang, mereka adalah antara VVIP yang hadir pada mesyuarat Bilderberg baru-baru ini di Athens, Greece. Mereka ialah Dr. Henry Kissinger dan Dr. David Rockefeller.
dthenry
Disebabkan situasi yang dibentuk oleh Illuminati, maka dapat dilihat sekarang bahawa semua peneraju-peneraju ekonomi dunia yang berkuasa secara global adalah pemegang ijazah dalam bidang masing-masing. Selain itu, pertubuhan-pertubuhan rahsia Dajjal juga dipelopori golongan ini.
  • Pengasas Illuminati sendiri iaitu Adam Weishaupt adalah pemegang ijazah undang-undang bertaraf profesor di Universiti Ingolstadt, Perancis.
  • Pengasas pertubuhan Zionis antarabangsa, Theoder Herzl adalah pemegang ijazah undang-undang dari Universiti Veina, Austria.
  • Kelab Skull and Bones, yang ditubuhkan pada 1832 merupakan kelab yang ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Universiti Yale di Amerika Syarikat.
  • Kelab Bilderberg yang ditubuhkan pada 1954, adalah diterajui oleh orang-orang yang berpendidikan tinggi, pegawai eksekutif kerajaan dan peneraju ekonomi.
  • Council on Foreign Relationship (CFR) yang ditubuhkan pada 1921, diasaskan oleh Kol. Edward Mandel House adalah bekas pelajarUniversiti Cornell, Amerika.
  • Trilateral Commission pula ditubuhkan oleh David Rockefellerpada 1973. Rockefeller mendapat ijazah (1936) dan master daripadaUniversiti Harvard dan PhD daripada Universiti Chicago (1940).
Kesimpulan
Kewujudan Phi Beta Kappa menunjukkan Adam Weishaupt tidak bekerja berseorangan untuk mengembangkan agenda Illuminati. Terdapat pihak lain yang sudah diberitahu untuk bersedia di luar negara apabila mendengar Illuminati ditubuhkan di Perancis.
Kelompok kecil yang menubuhkan PBK merupakan mereka yang terlatih dan sudah sedia maklum akan fungsi Illuminati. Jika tidak masakan tarikh penubuhan Illuminati dan PBk hanya berbeza 7 bulan.
Adakah sempat Weishaupt untuk belayar dari Perancis dengan kapal laut ke Amerika semata-mata untuk mempromosi agenda Illuminati?

Tiada ulasan: