Isnin, 6 Disember 2010

Akhirnya… Seperti Yang Dijangkakan!


lebanon000101
Akhirnya, seperti apa yang dijangkakan benar-benar berlaku…
Pada 31 Disember 2008 lepas, kami telah mengeluarkan suatu teori analisis dan strategi perang yang dilakukan oleh Illuminati melalui Israel. Dalam strategi ini kami menyatakan seperti berikut;
” …. Manakala penghantaran tentera-tentera separa profesional berperang dengan Hizbollah adalah strategi dendam jangka panjang.”
“Israel tidak silap dengan perancangan penghantaran tentera itu walaupun ramai penganalisis politik Muslim mengatakan kemenangan Hezbollah adalah berpunca dari kesilapan Menteri Pertahanan Israel.”
“Ianya sengaja disilapkan untuk membentuk suatu alasan berunsur dendam palsu yang akan dibawa pada saluran media pada masa akan datang. Dan sekarang ini, konflik Palestin adalah peluang media Israel membawa isu ‘balas dendam palsu’ yang dicipta pada Julai 2006.”
Maksud keseluruhan 3 pernyataan kami di atas ialah…Perang Lubnan 2006 adalah strategi Illuminati dalam merangka peperangan yang lebih besar pada masa akan datang.
Illuminati melalui Israel tidak mencetuskan sesuatu perang untuk matlamat jangka pendek. Mereka mempunyai alasan-alasan tersembunyi yang hanya dapat diketahui melalui perubahan masa.
Kini apa yang kami teorikan pada 12 hari sebelum itu benar-benar berlaku. Alhamdulillah atas cahaya Allah Azza Wajalla.
Laporan kenyataan akhbar rasmi Israel iaitu Haaretz pada 12 Januari 2008 telah membuktikan akan kebenaran analisis-analisis kami di dalam artikel bertajukPerang Konspirasi Dajjal : Persediaan Israel (Bahagian 3).
Berikut ialah beberapa petikan berita yang membuktikan bahawa perang Lubnan 2006 adalah sengaja dicetuskan dan sengaja mereka (Israel) mengalahkan diri mereka sendiri untuk tujuan pada konflik kali ini.
ANALYSIS / Israel’s victories in Gaza make up for its failures in LebanonThe war on Hamas is a war for the sovereignty of Israel. It was launched due to repeated rocket attacks from Gaza following Israel’s disengagement from the coastal strip.

No country in the world would put up with a situation in which its sovereignty is being undermined and its citizens are being threatened. Given its small geographical territory and many enemies, Israel can not put up with this situation.
Therefore, it is up to every decent person who wants Israel to strive for peace and end its occupation and return to its original borders to support its fight for sovereignty.
In many respects, the war in Gaza has compensated for the shortcomings of the Second Lebanon War. This time around, the decision to launch the offensive was calculated and reasoned, and the army has exhibited impressive capabilities.
It is therefore only fair to determine that Prime Minister Ehud Olmert, who is to blame for the botched war in Lebanon, is the same person who now stands behind Israel’s achievements.

Kesimpulan
Kebenaran analisis/ teori perang yang kami lakukan bukanlah kerana kami mahir dalam hal-ehwal peperangan. Tetapi ia seperti apa yang telah kami tegaskan sebelum ini dalam beberapa artikel lalu iaitu Illuminati MASIH menggunakan taktik tradisional dalam mencetuskan konflik.
Maksud tradisional atau lama di sini ialah pergerakan menCETUSkan situasi konflik-konflik yang dilakukan Israel dan Amerika adalah sama dengan cara pergerakan konflik yang dicetuskan Illuminati zaman revolusi Eropah dahulu.
Jika para pembaca sekalian meneliti turutan-turutan sejarah berkaitan bagaimana tercetusnya Revolusi Perancis, Revolusi Amerika, Revolusi Russia, Perang Napolean, Perang Waterloo dan sebagainya sudah pasti para pembaca dapat memahami seni perang yang diamalkan oleh Illuminati yakni Dajjal.
Malah kami yakin ada dikalangan para pembaca sekelian sudah dapat menjangkakan sendiri akan konflik-konflik ini khususnya perancangan rahsiaIlluminati.
Wallahu’alam…
(Sumber gambar hiasan dari www.criticaltimes.com.au)


Tiada ulasan: