Isnin, 6 Disember 2010

Rabbi Friedman: Semua Arab Mesti Dibunuh!


jewkill_arab

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rabbi Manis Friedman amat mengejutkan, beliau menyeru kepada semua orang Yahudi di Israel agar membunuh semua orang Arab- Islam sama ada lelaki, perempuan dan kanak-kanak ketika berlakunya peperangan.
Kenyataan Friedman pada 6 Jun 2009 lepas amat mendukacitakan sesetengah Rabbi Yahudi lain yang lebih cenderung kepada perdamaian antara Palestin-Israel.
Kesan dari kenyataan ekstrem itu tidak disokong secara rasmi oleh pengarah Anti-Defamation League (ADL) iaitu Abraham Foxman. Walaupun ADL terkenal sebagai badan yang menghasut Yahudi ke arah membenci Arab Islam tetapi kenyataan Friedman jauh melampaui dari keganasan propaganda ADL.
(Gambar) Rabbi Manis Friedman
Selain itu, pejabat Chabad di Israel menegaskan;
“we vehemently disagree with any sentiment suggesting that Judaism allows for the wanton destruction of civilian life, even when at war.”
(Chabad – adalah sebuah pertubuhan Orthodox Judais yang dianggotai oleh Rabbi-Rabbi. Nama CHABAD adalah akronim daripada Chochmah, Binah dan Da’at)
Tindakan Friedman yang berani mengeluarkan kenyataan biadab itu telah menyebabkan beliau dikritik oleh penyokong-penyokong kedamaian Israel-Palestin dari kalangan Yahudi sendiri.
Namun begitu, ada suatu kenyataan yang membolehkan kita mengetahui “motif pemikiran sebenar kebanyakan Rabbi di Israel” tentang umat Islam.
Rabbi adalah penggerak kepada kebencian terhadap Islam
Seorang blogger Yahudi bernama Shmarya Rosenberg yang tinggal hanya beberapa blok dari kediaman Rabbi Friedman di Mineosta memberitahu;
What he’s saying is the standard normal view of a Chabadnik ….. they just don’t say it in public.”
Kenyataan Rosenberg membuktikan bahawa hampir keseluruhan Rabbi adalah mempunyai sifat benci yang dalam terhadap Islam dan Allah telah berfirman tentang keadaan ini di dalam banyak surah dalam Al-Quran.
Jika sekiranya golongan agama Judais sendiri mempromosikan doktrin kebencian ini, sudah pastilah tidak akan berlaku perdamaian di antara Arab dan Israel. Pelan damai yang diuar-uarkan hanyalah retorik bagi menampakkan mereka (Yahudi) kelihatan bertimbang-rasa tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.
Kesimpulannya
Sebagai umat Islam, memusuhi Yahudi Zionis adalah suatu yang wajar kerana corak pemikiran mereka sudah membuktikan bahawa tindakan mereka dalam apa jua keadaan adalah tidak boleh dipercayai. Adakah Friedman akan digam mulutnya oleh semua media massa antarabangsa? Tidak.
Kenyataan Friedman itu ada hikmahnya. Himahnya ialah; Allah SWT ingin membuktikan kepada kita bahawa sebarang usaha membentuk pelan damai di antara Palestin-Israel adalah sia-sia, ia hanya senjata daripada Israel untuk melengah-lengahkan keadaan agar suatu perancangan tersembunyi yang lain dapat digerakkan dengan sempurna.
Adalah amat memalukan apabila ada umat Islam khususnya di Malaysiamemperlekehkan perjuangan belia-belia Palestin membaling batu ke arah askar-askar Israel. Ia mungkin kelihatan sia-sia dan tidak menjejaskan langsung kepada sistem pertahanan Israel.
Tetapi harus diingat batu itulah saksi di akhirat kepada setiap warga Palestin itu dalam membela agamanya.

Tiada ulasan: